Apabila sains bertemu dengan iman, bahasa apakah yang akan difahami oleh hati?
Dr. Alisya Tan-Lewis, seorang profesor Artificial Intelligent (AI) yang cemerlang dengan pemikiran tajam dan hati yang terluka, pulang ke kampung halamannya di Malaysia selepas bertahun-tahun menetap di Britain. Niatnya hanya untuk berehat seketika, namun kepulangan itu memaksanya berdepan dengan hubungan yang renggang bersama keluarga tiri, luka silam, dan rentak kampung yang pernah ditinggalkannya.
Segalanya berubah apabila adik tirinya yang masih remaja secara tidak sengaja menghadiahkan kit pengajaran AI milik Alisya yang sepatutnya digunakan dalam satu projek penting kerajaan kepada seorang ustaz sempena Hari Guru. Marah dan keliru, Alisya pergi menuntut semula haknya dan di situlah dia bertemu dengan Ustaz Amir Hakim Al-Faruqi, seorang guru agama yang tenang, dihormati, dan sangat dekat dengan masyarakat setempat.
Pertemuan yang tegang berubah menjadi kisah yang perlahan-lahan menyentuh jiwa. Dalam Alisya mengajar kanak-kanak kampung tentang teknologi, dan Amir membimbing mereka dengan nilai dan akhlak, hati mereka mula saling mengenali. Pertengkaran bertukar menjadi perbualan, perbezaan menjadi penghormatan—dan mungkin, cinta.
Namun apabila Alisya ditawarkan jawatan impian untuk mengetuai projek AI di luar negara, dia harus memilih: kembali kepada kerjaya yang dibinanya, atau kekal dengan kehidupan dan cinta yang baru ditemuinya.
Code of Love adalah kisah tentang pencarian identiti, pengorbanan, dan bagaimana cinta mampu menyatukan dua dunia—sains dan spiritual—dalam satu bahasa yang hanya difahami oleh hati.

No comments:
Post a Comment